>...tak ramai mahu menzahirkan apa yang pahit dalam kehidupan... semuanya digambarkan manis. Manis mulut... manis senyum... manis lagak...tapi itukah realiti? Sesekali kita kena bertanya pada diri.... maniskah gula yang ku jamah itu?

Tuesday, May 18, 2010

Tarik...TerTarik!!!

..ketika melalui Jalan Ampang, berkesempatan untuk merakamkan imej ini. Bukan kereta berjenama dan mewah yang ada di premis itu yang menarik perhatian. Nama syarikat pemilik showroom tersebut yang lebih memukau dan membuat aku tersenyum..... Pandai dia mencari nama yang unik.... he..he...
Selamat berniagaaaaa.......

Orang Tamak Selalu Rugi.......

Dulu setahu aku budak-budak jer main sorok-sorok ni. Tapi bila peniaga pulak yang main sorok-sorok....; samada peniaga tu dah buang tabiat nak jadi bebudak balik atau dia memang jenis tamak tak ingat.
Al-kisahnya mengikut apa yang keluar kat berita dan suratkhabar, sebuah kedai kat Jalan Yahya Ahmad, Dungun telah diserbu oleh pegawai penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Dungun dan mereka telah menjumpai stok gula yang disorokkan bernilai kira-kira RM9,000 yang mana sebelum ini peniaga terbabit mengatakan bahawa kedainya tiada gula. Yang lebih pelik, peniaga terbabit pernah meminta pelanggannya iaitu seorang wanita supaya menunjukkan sijil nikah ketika hendak membeli gula.Apa motifnya pun tak pasti la....... Kalau tunjuk sijil nikah lepas tu dapat diskaun, kira ok la juga....ya tak?
Tahniah dan syabas buat para penguatkuasa PPDNKK yang bertindak cepat untuk memantau, menyiasat dan mengambil tindakan segera untuk melindungi pengguna yang menjadi mangsa akibat tindakan tidak bertanggungjawab peniaga terbabit yang hanya mementingkan diri dan poket sendiri. Nampaknya para pengguna juga telah sedar akan hak-hak mereka dan ini sesuatu yang harus diteladani dan terus diamalkan agar pihak-pihak yang merasakan mereka boleh berbuat apa sahaja untuk beringat dan berfikir dua kali untuk menipu dan mencari jalan mudah untuk membuat untung.
Janganlah kerana gula..... pengguna hendak ditipu hidup-hidup. Baru peniaga ni tau... kalau ditangkap menyorok gula... hanya kenangan pahit yang tercatat..., bukannya manis.

Monday, April 26, 2010

Tahniah buat Sang Juara!

Tahniah buat calon BN, P. Kamalanathan. Encik Kamal mendapat 24,997 undi manakala calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim mendapat 23,272 undi.
Perbezaan undi adalah sebanyak 1,725 dan undi rosak pula ialah 731.
Semoga Encik Kamal akan dapat berkhidmat untuk rakyat, demi rakyat dan bersama rakyat.
Pada Datuk Zaid pula, teruskan perjuangan membela dan membawa suara rakyat.
Aku cuma rakyat yang memerhati dan akan terus memerhati........

Sunday, April 25, 2010

Menanti Sang Juara..!

Tepuk dada.... Pangkah selera.....

P 094- Parlimen Hulu Selangor:
Hari ni pengundi-pengundi akan membuat keputusan mereka. Moga ramai yang akan keluar mengundi tapi rasa-rasanya penyibuk-penyibuk pun ramai juga akan keluar memeriahkan suasana. he..he...
Aku juga pernah mengundi.. di Brickfields(Parlimen Bukit Bintang). Seronok bro..... rasa cam selebriti sekejap sebab setibanya di pusat mengundi ramai la yang akan serbu kita. Saper lagi kalau bukan perayu undi. Bila nak memangkah aku bukan tertarik pada kertas undi.... tapi lebih tertarik pada pensil yang tersedia. Dari keadaan dan rupa pensil tu kita boleh tau yang ia dah lama digunakan dan agaknya berapa banyak pilihanraya yang dah dilalui oleh pensil itu.( Tak pasti la tempat mengundi lain.)Besar rupanya jasa pensil tersebut. Mungkin kalau berpeluang mengundi lagi aku nak rakam gambar pensil yang ada nanti..... :D
Buat pengundi di Hulu Selangor, selamat mengundi dan pangkah la dengan rasa yang bebas dan yakin. Kuasa dan rahsia di tangan kita.....( sebab undikan rahsia....)
Tepuk dada dan pangkahlah calon yang memenuhi selera kita.

Friday, April 23, 2010

Menanti Esok-Sabtu-24042010

Tak sabar menunggu esok
agaknya terkabulkah harapan
terleraikah keresahan
seperti dijanjikan
Esok
mata akan menjadi saksi
jari jemari tak sabar menggenggam
makna sebuah harapan
dalam bentuk kertas berwarna
biru sudah semestinya
merah terselit jua
dari mesin autoteller
Pastinya esok
walau tak sebanyak mana
boleh lupakan serabut kepala seketika
sebelum kembali pada skrip asalnya
menunggu dengan sabar berbekal didada
walau pahit ku tempuh jua
bukan rela bukan terpaksa
cuma peluang belum terbuka
masih berdebar dalam jiwa
menanti hari.....
E.S.O.K.

Thursday, March 11, 2010

“Saya ingin ke Gatsby Deodorant Street Fair”


Pasti bukan saya sahaja yang akan ke sana..... Anda mahu turut serta? Amat dialu-alukan kerana semua dijemput. Hebat bukan......Tapi bila? Di mana?
Ni yang saya nak war-warkan ni.....
Ianya akan berlangsung pada 17 April 2010, bermula pada jam 10 pagi hingga 5 petang di ruang legar, Ground Floor Berjaya Timesquare, Kuala Lumpur
Tempat yang mudah nak dikunjungi.... berhampiran dengan Plaza Imbi dan Plaza LowYat. Malas nak memandu? Monorel kan ader dan kalau nak lagi senang.... tahan sajer teksi dan anda pasti tiba dipintu utama... :)
Eh..... bukan itu sahaja ya....
Pelbagai gerai mainan akan didirikan semasa ‘Street Fair’ini nanti dari yang seringkas membaling getah hinggalah ke aksi-aksi yang melucukan dan menggeli hati seperti bergusti sumo dalam beg udara oleh para peserta. Peserta permainan ini akan memenangi mata dan anda boleh menebus mata ganjaran yang terkumpul dengan barangan menarik dari Gatsby!!
Menarik....? Ishhh... ada yang lebih dari itu..... Nak tahu?
Semua peserta yang terlibat dan mengambil bahagian dalam permainan layak untuk menyertai cabutan bertuah. Antara hadiah-hadiah yang bakal dimenangi melalui cabutan bertuah adalah barangan elekteronik, komputer,telefon bimbit dan baucar tunai berjumlah lebih dari RM 15,000!
Jadi ... apa tunggu lagi.... Pastikan anda bersama rakan-rakan tiada rancangan lain pada hari tersebut untuk turut serta.
Untuk lebih info... sila lawati kami di...

www.gatsby.com.my/streetfair

Eh.... nak ke mana tu? .... Nak beritahu teman-teman yang lain? Silakan....... Yang pasti...anda tak akan menyesal untuk turut serta bersama kami........
Kami tunggu anda okay.......

Tuesday, February 23, 2010

Khabarnya.....


Khabarnya...
harga barang akan naik lagi
ramai yang cuba berteka-teki
apakah ianya kan jadi realiti
ada yang buat andaian sendiri
minyaklah punca yang dikenal pasti
manis senyum kan tawar kembali
ubah cara hidup kan didendang lagi
Khabarnya...
minum pagi kosnya mungkin tak sama lagi
makan tengahari kan dibayar lebih lagi
minum petang rasanya tak lagi
makan malam pula mungkin melantak meggi?
Khabarnya...
inilah cerita kedai kopi
tak nak percaya tidaklah rugi
kalau percaya perlu diperhalusi
internet bila-bila masa boleh dilayari
ini zaman kecanggihan teknologi
klik sekali beribu maklumat boleh didapati
jadilah kita rakyat berinformasi
adalah fakta untuk berdiskusi
jadi....
Khabarkanlah............

Sunday, February 21, 2010

Di kala Bosan......

Esok ku fikirkan semalam
Hari ini ku rasakan kelmarin
Kelmarin ku ingatkan esok
Semuanya kembali bercelaru
Bila bosan kembali menjengahku
Datangnya tanpa dijemput
Perginya tanpa disuruh
Dan aku kembali
Meneruskan kehidupan
seperti biasa.....
Cuma terkeliru seketika
dikala bosan menjelma
SEMULA.......

Sunday, February 14, 2010

Terimakasih daun keladi.....

Aku tak mau dicop sebagai warga yang yang tak reti nak berterimakasih. Jadi.....Terimakasih daun keladi... Elok dibuat seminggu sekali.... hi..hi... Terkejut juga bila melalui tol di lebuhraya KESAS tengahari tadi. Syiling 20 sen ku dikembalikan.....
" Diskaun Tahun Baru Cina bang!" beritahu petugas tol dengan penuh bangga bila melihat raut wajahku yang sedikit kehairanan. Rasa tak percaya pun ada kerana ini lah pertama kali aku mendapat hak istimewa setelah sekian lama menggunakan lebuhraya yang pernah mendatangkan sedikit trauma pada diriku. Cermin depan keretaku pernah retak kerana diterjah batu dan serpihan kaca dari pemotong rumput yang bekerja di tepi lebuhraya KESAS ini selepas tol di Bukit Rimau. Kenangan lama yang membuatkan aku kini sentiasa memandu di lorong tengah setiap kali menggunakan lebuhraya KESAS.
Walaupun tak sebanyak mana diskaun yang diberi.... tetapi harapnya ia akan menjadi pembuka langkah kearah melaksanakan berbagai lagi program yang memberi menafaat kepada pengguna lebuhraya. Aku pula melalui 3 tol bermula dari Awan Besar, kemudian Subang dan berakhir di Bukit Rimau. Jadi, secara matematik mudahnya aku telah mendapat potongan sebanyak RM1.20 pergi dan balik pada hari ini.
Dan sepanjang perjalananku hari ini... ramai pula pemandu yang memandu penuh sopan dan mengikut hadlaju yang ditetapkan. Syabas....
Yang baik kita war-warkan..... yang tidak elok kita was-waskan....

Sunday, February 7, 2010

Dari pintu ke pintu.....

Pagi tadi... sedang panaskan enjin kereta, aku disapa oleh seseorang. Bagi aku kalau orang yang kita tak kenal tiba-tiba jer menegur, dua kemunngkinan jer. Dia tersesat jalan dan mauu bertannya arah atau meminta pertolongan kewangan. Dah biasa sangat aku jumpa. Tapi yang ini menegur dengan lagak paling sopan sekali.
" Abang.... minta maaf saya ingin bertanya. Abang jangan fikir yang bukan-bukan atau salah anggap terhadap saya. Saya bukan orang jahat yang ingin merompak atau buat yang bukan-bukan.... ( sampai part ni aku dah tau dah hala tuju niat dia tu...... aku cuba melayan....)
Abang jangan marah saya pulak nanti. Saya cuma ingin meminta tolong... Kalau abang tiada dapat menolong saya pun tidak mengapa... ( masa part ni aku dah mula pegang pintu kereta. Bersedia untuk menarik kalau ader tindakan agresif berlaku sambil menjeling besi pengunci pedal kat lantai kereta...)
" Jadi apa yang boleh saya tolong?" soalku pura-pura tak mengerti.
" Abang boleh kasi saya sepuluh ringgit? Saya nak buat bayar tambangg...." jelasnya dengan muka penuh pengharapan.
"Uiiii..... sepuluh ringgit ke? Tak dapat la..... saya pun belum gaji lagi ni...!!" dengan yakin aku terus menjawab dengan fasih.
Terus dia berlalu begitu bersahaja..... tanpa bicara sopan yang dah entah ke mana.
Dalam perjalanan aku kedai, aku nampak mamat ni lagi sekali di kawasan perumahan aku. Diluar pagar sedang mengangkat tangan ke arah tuan rumah. Nampaknya bersungguh dia menyapa dan terus melangkah masuk ke halaman rumah.
Dari pintu ke pintu dia menjaja kesopanannnya......

Saturday, February 6, 2010

ada satu cerita.......DAUN GULA

Terjumpa artikel tentang daun gula ni dan rasanya elok dikongsi bersama. Boleh layari di sini...
( http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20100131092749/Article )
Bertepatan pulak dengan tajuk bog ini...... jadi... bacalah tanpa jemu kerana jemu itu mainan nafsu dan nafsu itu harus bijak dipandu......
Aku cuma seorang pemandu kereta gear manual...... baik aku berenti sebelum jauh merepek...
he..he...he...

*>penghargaan buat BeritaHarian Online....

Friday, February 5, 2010

In-Frame La pulak.....

Tengah syok layan Facebook kat cyber cafe nih....... tetiba lak macam ada pancaran kilat hinggap kat muka aku. Ingatkan hujan lebat atau gerimis tak diundang kat luar cafe..... rupa-rupanya cahaya tadi hasil flash dari kamera seorang penguatkuasa MPAJ yang sedang merakamkan suasana dalam cyber cafe ni. Entah bila diorang masuk.... tak perasan la pulak aku. Mungkin aku yang terlalai atau mereka yang datang secara sopan.
Aku buat tak reti aje la. Ada pulak pancaran yang kedua..... Aduhhhhh...!! Kalau ya pun nak rakam sebagai bahan bukti, hala la kearah lain. Aku jugak yang ko pilih untuk in-frame ya..... Pas ni ader la gambar aku agaknya dalam simpanan mereka. Tapi..... site yang sedang aku layari semua bersih sis...... he..he....
Agaknya diorang tengah buat pemeriksaan biasa agaknya sebab cara brader yang jaga cafe ni berurusan dengan mereka cukup harmoni sekali. Aku toleh pada jam tangan aku.... baru pukul 11:15 malam. Masih beroperasi mengikut had waktu yang ditetapkan. Jadi, tak ada masalah la....
Cuma jangan gambar yang ada aku tadi tu disalahgunakan sudah la..... apa-apa pun.... kalau ader operasi.... MPAJ mesti mariiiiiii........

Friday, January 29, 2010

Excuse me....Not me kay....!!

Salam Satu Blog…..
Agak lama aku merehatkan jari jemari ini…… Masa yang tak mengizinkan dan keadaan PC aku yang terkena penyakit misteri. Kena santau agaknya PC aku ni…he..he… Asal aku on jer, dia tak berfungsi… asal dia tak berfungsi jer….aku frust . Itulah rentetannya….
Apa pun aku ingin mencoret sikit tentang apa yang aku dengar di HOT FM pagi tadi tentang cerita lucu ni. Aku memang suka dengar radio bila memandu ni. Boleh la tau info terkini kalau ader kesesakan di MRR 2 tu….. Kisah kentut la pulak yang ke udara kat radio tadi. Apa yang aku dengar tadi begini….. “ Orang putih ( Mat Saleh la tu) kalau kentut diaorang akan cakap.. “EXCUSE ME…!” Tapi orang Malaysia kalau kentut mereka akan cakap.. “ NOT ME….NOT ME…!!”
Kah!Kah! Kah! Memang betul la tu… Walaupun kedengarannya lucu.. tapi itulah tabiat orang kita ni. Mana nak mengaku kalau bab-bab yang boleh mendatangkan malu pada diri ni. Buat silap atau tersilap pun haramnya mereka nak merendahkan diri mengakuinya. Realiti tu …. Akhirnya…. orang lain yang terkena atau menjadi mangsa tuduhan liar. Lihatlah sekeliling kita. Ia berlaku dan akan terus berlaku. Mengapa?
Sebab kita lebih enak dipuji dan disanjung dari ditegur atau dilihat kesilapan dan kealpaan kita. Seolahnya kita la yang paling suci dan terhebat tanpa sedikit pun cacat celanya. Sedangkan kita pun tahu….. sebagai manusia kita tak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan.
Mmm….. kesilapan aku kini adalah lambat bertindak nak membaiki PC . Bukan aku tak cuba…. Sabtu lepas ada aku hubungi kedai membaiki komputer di Taman Nirwana tu. Kata staff yang menjawab panggilan aku tu…
“Technician tak masuk lagi la bang. Kalau abang hantar sekarang pun, kami Cuma boleh terima jer.” ucapnya.
Mengenangkan yang aku harus bercakap sendiri dengan technician tersebut untuk menerangkan penyakit misteri PC aku tu, aku pun berpesan….
“ Macam ni la….. saya tinggalkan no handphone saya, nanti tolong call saya balik kalau technician tu dah sampai. Baru saya akan hantar PC saya. Boleh?” tanyaku.
“Boleh bang. Nanti saya telefon abang balik bila dia dah masuk…” balasnya.
Aku pun bagilah dia nombor aku dan dia mencatat dan mengulanginya dengan fasih.
Dan kesalahan atau kecuaian yang dilakukan oleh staff kedai tersebut? Sampai ke hari ini aku tak pernah menerima panggilan dari kedai tersebut semula.
Bak kata manager tempat kerja aku… “ Banyak kasihan sama saya….” Hi…hi…!!
Itulah secebis kisah aku yang bukan misteri…. Renung-renungkan dan selamat beramal….

Sunday, January 17, 2010

Hebat kau Adnan...

Oh ya......Malam semalam aku ke MBO Galaksi Ampang... Satu yang best kat MBO ni..... tak der iklan.... jadi.... terlepas la mata dari pandang iklan air setan.... he..he... Pesan kawan aku.. " Bro.. layan citer Adnan Sempit...Wa cakap lu. Berbaloi-baloi..." Aku dah tengok... OK siot.." katanya. Mmmmm... aku ader tertengok trailer filem ni jugak.... nampak cam menarik. Tapi aku belum betul-betul tertarik...
Sampai disana dalam pukul 10 lebih.....wahhh.... Sesak...( sesak lagi...ingat MRR2 jer yang sesak...ka..ka..ka...) Aku rasa ni mesti ramai yang nak tengok Avatar lagi nih.... Aku pun beratur la sambil mencongak cerita apa yang patut aku tengok nanti nih.... Avatar aku dah tengok.... Sherlock Holmes pun dah.... Citer Morgan tu dah jugak... Tiba-tiba aku nampak staff MBO tu tampal sesuatu kat cermin kaunter tiket... Yang tertulis pada kertas tu....HARAP MAKLUM! TIKET FILEM ADNAN SEMPIT UNTUK SHOW 10:30MLM HABIS DIJUAL!! Uiiii.... ni baru aku tertarik....
Hah! Tengok Adnan Sempit jer la getus buah hatiku....Eh! hatiku la... :P Ada satu lagi show pukul 12:30 malam ni... Aku rasa takkan ramai yang nak tengok cerita melayu lewat camtu.... Beratur la aku dengan hati yang damai.....
Namun kedamaian itu tak lama sebab sesampai jer aku kat kaunter, staff tadi menampal satu lagi notis. Aku salah baca ke ni..... Tak puas hati aku.... Aku tanya pada staff kaunter tiket tu....
"Betul ker Adnan Sempit show pukul 12:30 malam tiketnya dah habis?" dengan nada sedikit geram. Geram la pasal aku dah beratur lama nih.....
"Ya bang. Dah abis dah.... Cerita lain ada bang..." balas gadis manis tersebut. Nasib baik la kamu manis... Hilang geram aku....
"Hmmm... tak per la..... " kataku dengan sedikit rasa kecewa.
Melangkah keluar dari kawasan panggung terserempak lak dengan kawan aku.
"Kau tengok citer apa?" sapaku.
"Adnan Sempit la.... " jawabnya.
Setau aku dia ni jarang benar nak tengok cerita melayu kecuali yang keluar kat tv masa raya tu.
"Eh.... Camaner kau boleh nak tengok cerita ni pulak?"
"Kawan aku si Ramu tu la yang bagi tahu..... Kalau dia dah tengok.... Mesti ada yang special pasal citer ni." jelas kawan aku tu.
Memang betul la..... aku sekarang dah tertarik betul nak tengok Si Adnan ni.... Kau memang hebat Adnan... Jualan tiket kau dah tak sempit lagi....
Benarlah... Di mana ada kemahuan... Di situ ada highway...
Bila aku dapat tengok cerita nie nih?!!!!!

Friday, January 15, 2010

Sesak oh Jam.....

Asal balik kerja petang hari Jumaat jer, jalan sesak..... JAMMMMMMMM....... Damnnnnnn!! Tak sanggup aku nak menempuhnya.... MRR2... Siapa yang biasa ikut jalan tu .... tau la..... Kalau tak tau dan cuba nak tahu..... cuba-cuba la lalu. Pasti anda akan rasa malu pada diri sendiri sebab secara automatiknya ( walaupun anda memandu kenderaan manual), anda akan menyumpah seranah ..... tak pun mencarut sendirian.
Apa taknya...... perjalanan yang kalau biasanya mengambil masa setengah jam.... boleh membawa ke satu jam. kekadang, ke dua jam.
Sampai ader yang sinis berkata.... "MRR2 tu kalau motor rosak pun jam.....!!" ha..ha..ha.... Lu pikir la sendiri!!
Sebab tu aku lebih rela singgah sebentar di Seri Petaling (aku dari Cyberjaya menghala ke Pandan Indah) untuk menghirup teh tarik di kedai mamak. Tak pun... mengunjungi cyber cafe. Lebih tenang jiwa dan minda dari duduk bertemankan amarah dijiwa dalam kereta sambil cuba memkirkan cara paling cepat sampai ke rumah dengan jalan yang sesak dengan kenderaan yang bergerak perlahan itu. Mana mungkin..... bak kata temanku... "Tak dapat Jack...!!"
Pernah aku terfikir apa agakya nanti situasi trafik di MRR2 nanti selepas siapnya projek Stesen Bas/Kenderaaan Awam di Tasik Selatan tu. Apakah kesesakannya akan lebih teruk lagi?
Aku perlu beli sebuah helikopter nampak gayanya nih...... Jangan korang korek perihal komisyen sudah la...... he..he....

Friday, January 8, 2010

cetusan rasa...

"Bukan itu yang diajar dan dituntut oleh agama kita...." spontan ayat tu terkeluar dari mulut aku bila terbaca berita tentang serangan ke atas 3 gereja di Lembah Klang dan Petaling Jaya.
Tak pastilah siapa punya angkara.... tapi pastinya kejadian itu akan dikaitkan dengan isu kalimah Allah yang mendapat tentangan umat Islam di Malaysia sekarang. Tentulah kejadian tersebut tidak membantu sedikit pun malah mengundang persepsi negatif . Moga mereka yang terlibat dapat diberkas dan dibicarakan.
Apa yang dapat aku fahami dari khutbah Jumaat tadi bukanlah kita mahu kalimah Allah itu menjadi milik eksklusif orang Melayu atau Islam... tetapi kita tidak mahu nanti kalimah itu disalahgunakan atau digunakan untuk menyekutukan Allah sebab Allah itu Esa.
Itu lah yang patut dipertahankan dan ruang untuk berdialog atau berbincang tentang perkara itu masih ada dan boleh diusahakan. Islam itu adil dan letakkanlah keadilan Islam itu pada tempatnya.
Islam juga cara hidup dan biarlah kita bertindak mengikut akal kerana akallah yang membezakan kita dari hidupan lain dan iman pula membezakan kita sesama manusia. Bertindaklah dengan akal dan iman.... bukan berpandukan nafsu yang boleh membinasakan diri.
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui..... Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk dan tidak elok itu datang dari salah dan silap kita sendiri.
Moga Allah memberikan petunjuk dah hidayahNya dalam kita menempuh ujian hidup ini.
Bersatu teguh..... bercerai kita roboh......

Thursday, January 7, 2010

Bila... tanya teman!

Fuhhhh..... Rasa penat menguasai diri setibanya aku di rumah. Ya.... balik lambat hari ni sebab banyak tugasan yang harus dibereskan. Beginilah hidup makan gaji.... Pernah ada teman yang berkata.....
" Kau ni keja macam dah tak ada hari esok.... tapi tak kaya-kaya jugak!"
Teman..... kerja yang kita lakukan ini satu tanggungjawab. Bila sudah menjadi tanggungjawab, kita perlu ader komitmen untuk menyelesaikannya. Kerja kau dah beres ke?
Teman bertanya lagi.....
"Agak-gak la..... bila kau nak kaya?" Suka benar teman ku ini berbicara tentang kaya.
Teman..... aku suka makan kaya dengan roti.... tapi untuk aku menjadi kaya..... aku rasa aku mungkin tidak ditakdirkan untuk menjadi kaya.
"Huh.... Tak ada matlamat hidup langsung!!" katanya sedikit keras sambil mencebikkan bibir lalu meninggalkan aku terkebil-kebil.
Kerana jawapan aku itu dan bencinya teman pada ayat aku ungkapkan dengan jujur itu.... kami membawa haluan masing-masing.
Lama tak dengar perkhabaran dari teman ku itu. Mungkin dia sudah kaya benar sekarang hingga tiada masa untuk bergaul dengan golongan seperti aku ini.
Tak apa lah..... walaupun aku belum kaya....aku tetap puas dengan rezeki yang ku dapat hasil dari penat lelah ku ini. Halal dan yang paling penting beroleh barakah atau keberkatan padanya....mudah-mudahan.... Insyallah.
Mata pun dah layu..... Badan harus direhatkan..... Elok la aku tidur dulu.... kerana esok, aku pasti akan penat lagi.......
Teman.....Jangan kau datang dalam mimpiku nanti...... hi...hii...!!

Sunday, January 3, 2010

Pernah.....

He..he.... Tengah lepak sambil belek-belek album lama.... terjumpa pulak gambar yang mengimbau kenangan

Saturday, January 2, 2010

Potong..potong...potong....

Ni bukan nak cerita pasal POTONG yang tengah kecoh sekarang ni.... Cuma teringat akan peristiwa POTONG RAMBUT ROCKERS yang tiba-tiba mekar kembali dalam jambangan mindaku.
Bila terbaca berita akan pemergian Tok Mat, bekas Menteri Penerangan kita...terus aku teringatkan peristiwa yang dipancarkan secara langsung oleh RTM itu. Memang aku duduk depan TV masa tu..... yalah, bukan senang nak tengok seorang Menteri menggunting rambut artis yang di kategorikan sebagai Gergasi Rock pada masa tu. Search dan Wings... dua nama hebat tapi hebat lagi gunting Minister ..... he..he...
Maklum la....aku masa tu pun kira rocker tegar.... tapi rambut aku paras bahu jer. Namun..... itulah ketegasan yang ditunjukkkan oleh Tok Mat dan dan pengorbanan yang dilakukan oleh artis rock.
Peristiwa yang kekal terpahat dalam sejarah seni dan hiburan tanahair. Yang pasti bagi aku..... sikap tolak ansur dan peluang yang terbit kesan dari episod POTONG tersebut menguntungkan kedua-dua pihak.
Kita tiada pengalah....... bak kata Vince.
Moga roh Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat ditempatkan bersama orang-orang yang soleh...
Al-Fatehah...

Surprise....surprise....surprise....

Tadi ke kedai runcit dekat rumah aku ni.... Sampai jer terus aku capai sebungkus roti kegemaran aku dan terus ke kaunter.
"ni jer bro.....?" tanya tauke kedai.
"Tu jer la...... aaa.... satu top-up 012 sepuluh inggit." balas aku sambil tersenyum manis (aku rasa la.... he..he...)
"Mmmm... semua skali RM 12.30 " kata si tauke.
"Aikkk..... roti ni bukan biasa RM 2.10 ke?" tanya aku menjangkakan si tauke tersalah kira.
" Roti dah naik harga la bro. Harga baru tu... Surprise...surprise...surpriseeeee!!!" beritahu si tauke sambil buat gaya ala-ala Eric Leong Casa Impian.
Cuma kepala dia tak licin jer. Nasib baik la aku dah lama kenal kau tauke. Buat lawak pulak ya.... getus aku dalam hati.
"Ooo.....OK..." balasku dan terus membayar tanpa banyak soal.
Memang pada tag plastik yang melekat dekat roti tu tertera harga barunya. Cuma aku yang tak perasan. Banyak kasihan.....
Aku tinggalkan kaunter dengan senyuman yang dah tak manis lagi.....

Friday, January 1, 2010

Selamat Datang 2010

salam....
selamat tinggal 2009.... selamat datang 2010

Cuti yang panjang buat aku berkesempatan untuk menghasilkan sesuatu untuk tahun baru ini...
ya... buat blog baru... dan sengaja aku pilih tajuk yang bersangkut paut dengan GULA sebab masuk jer TAHUN BARU.... harga GULA PUN BARU... ha..ha...ha...
Yang pasti nanti.....bukan harga gula jer NAIK..... mungkin harga minuman pun naik...harga kuih pun naik.... dan ader pengguna yang rasa darahnya pun tiba-tiba naik.
Malas nak komen bab naik-naik ni..... Kalau bikin kecoh pun.... dua tiga minggu jer...pas tu senyap la balik. Dah mula kedengaran akan komen yang betapa pentingnya kita untuk menjaga kesihatan dan dengan kenaikan itu dapat la kita mengawal pengambilan gula..... Nasihat tu bagus...cuma cara dan ketikanya yang tak kena.
Nasib baik aku bukan penggila gula...... tapi selalu la pulak aku digula-gulakan..... Nasib baik ada kesedaran betapa yang manis itu tak semestinya gula..... Mungkin bagi yang bergaji besar dan mampu makan besar tak akan terasa namun keluhan dan rintihan mereka yang berkeluarga besar tetapi bergaji kecil harus diambil kira....
Apapun.... tentunya tahun baru ini akan menampilkan lebih banyak lagi kejutan baru. Sama-samalah kita tunggu dan lihat....
Teruslah kita menjadi pengguna bijak...... walaupun kita berhadapan dengan tindakan yang kurang bijak.... Pahit akan manis akhirnya..... :)