Aku tak mau dicop sebagai warga yang yang tak reti nak berterimakasih. Jadi.....Terimakasih daun keladi... Elok dibuat seminggu sekali.... hi..hi... Terkejut juga bila melalui tol di lebuhraya KESAS tengahari tadi. Syiling 20 sen ku dikembalikan.....
" Diskaun Tahun Baru Cina bang!" beritahu petugas tol dengan penuh bangga bila melihat raut wajahku yang sedikit kehairanan. Rasa tak percaya pun ada kerana ini lah pertama kali aku mendapat hak istimewa setelah sekian lama menggunakan lebuhraya yang pernah mendatangkan sedikit trauma pada diriku. Cermin depan keretaku pernah retak kerana diterjah batu dan serpihan kaca dari pemotong rumput yang bekerja di tepi lebuhraya KESAS ini selepas tol di Bukit Rimau. Kenangan lama yang membuatkan aku kini sentiasa memandu di lorong tengah setiap kali menggunakan lebuhraya KESAS.
Walaupun tak sebanyak mana diskaun yang diberi.... tetapi harapnya ia akan menjadi pembuka langkah kearah melaksanakan berbagai lagi program yang memberi menafaat kepada pengguna lebuhraya. Aku pula melalui 3 tol bermula dari Awan Besar, kemudian Subang dan berakhir di Bukit Rimau. Jadi, secara matematik mudahnya aku telah mendapat potongan sebanyak RM1.20 pergi dan balik pada hari ini.
Dan sepanjang perjalananku hari ini... ramai pula pemandu yang memandu penuh sopan dan mengikut hadlaju yang ditetapkan. Syabas....
Yang baik kita war-warkan..... yang tidak elok kita was-waskan....
Sunday, February 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment