>...tak ramai mahu menzahirkan apa yang pahit dalam kehidupan... semuanya digambarkan manis. Manis mulut... manis senyum... manis lagak...tapi itukah realiti? Sesekali kita kena bertanya pada diri.... maniskah gula yang ku jamah itu?

Monday, April 26, 2010

Tahniah buat Sang Juara!

Tahniah buat calon BN, P. Kamalanathan. Encik Kamal mendapat 24,997 undi manakala calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim mendapat 23,272 undi.
Perbezaan undi adalah sebanyak 1,725 dan undi rosak pula ialah 731.
Semoga Encik Kamal akan dapat berkhidmat untuk rakyat, demi rakyat dan bersama rakyat.
Pada Datuk Zaid pula, teruskan perjuangan membela dan membawa suara rakyat.
Aku cuma rakyat yang memerhati dan akan terus memerhati........

Sunday, April 25, 2010

Menanti Sang Juara..!

Tepuk dada.... Pangkah selera.....

P 094- Parlimen Hulu Selangor:
Hari ni pengundi-pengundi akan membuat keputusan mereka. Moga ramai yang akan keluar mengundi tapi rasa-rasanya penyibuk-penyibuk pun ramai juga akan keluar memeriahkan suasana. he..he...
Aku juga pernah mengundi.. di Brickfields(Parlimen Bukit Bintang). Seronok bro..... rasa cam selebriti sekejap sebab setibanya di pusat mengundi ramai la yang akan serbu kita. Saper lagi kalau bukan perayu undi. Bila nak memangkah aku bukan tertarik pada kertas undi.... tapi lebih tertarik pada pensil yang tersedia. Dari keadaan dan rupa pensil tu kita boleh tau yang ia dah lama digunakan dan agaknya berapa banyak pilihanraya yang dah dilalui oleh pensil itu.( Tak pasti la tempat mengundi lain.)Besar rupanya jasa pensil tersebut. Mungkin kalau berpeluang mengundi lagi aku nak rakam gambar pensil yang ada nanti..... :D
Buat pengundi di Hulu Selangor, selamat mengundi dan pangkah la dengan rasa yang bebas dan yakin. Kuasa dan rahsia di tangan kita.....( sebab undikan rahsia....)
Tepuk dada dan pangkahlah calon yang memenuhi selera kita.

Friday, April 23, 2010

Menanti Esok-Sabtu-24042010

Tak sabar menunggu esok
agaknya terkabulkah harapan
terleraikah keresahan
seperti dijanjikan
Esok
mata akan menjadi saksi
jari jemari tak sabar menggenggam
makna sebuah harapan
dalam bentuk kertas berwarna
biru sudah semestinya
merah terselit jua
dari mesin autoteller
Pastinya esok
walau tak sebanyak mana
boleh lupakan serabut kepala seketika
sebelum kembali pada skrip asalnya
menunggu dengan sabar berbekal didada
walau pahit ku tempuh jua
bukan rela bukan terpaksa
cuma peluang belum terbuka
masih berdebar dalam jiwa
menanti hari.....
E.S.O.K.