>...tak ramai mahu menzahirkan apa yang pahit dalam kehidupan... semuanya digambarkan manis. Manis mulut... manis senyum... manis lagak...tapi itukah realiti? Sesekali kita kena bertanya pada diri.... maniskah gula yang ku jamah itu?

Tuesday, February 23, 2010

Khabarnya.....


Khabarnya...
harga barang akan naik lagi
ramai yang cuba berteka-teki
apakah ianya kan jadi realiti
ada yang buat andaian sendiri
minyaklah punca yang dikenal pasti
manis senyum kan tawar kembali
ubah cara hidup kan didendang lagi
Khabarnya...
minum pagi kosnya mungkin tak sama lagi
makan tengahari kan dibayar lebih lagi
minum petang rasanya tak lagi
makan malam pula mungkin melantak meggi?
Khabarnya...
inilah cerita kedai kopi
tak nak percaya tidaklah rugi
kalau percaya perlu diperhalusi
internet bila-bila masa boleh dilayari
ini zaman kecanggihan teknologi
klik sekali beribu maklumat boleh didapati
jadilah kita rakyat berinformasi
adalah fakta untuk berdiskusi
jadi....
Khabarkanlah............

Sunday, February 21, 2010

Di kala Bosan......

Esok ku fikirkan semalam
Hari ini ku rasakan kelmarin
Kelmarin ku ingatkan esok
Semuanya kembali bercelaru
Bila bosan kembali menjengahku
Datangnya tanpa dijemput
Perginya tanpa disuruh
Dan aku kembali
Meneruskan kehidupan
seperti biasa.....
Cuma terkeliru seketika
dikala bosan menjelma
SEMULA.......

Sunday, February 14, 2010

Terimakasih daun keladi.....

Aku tak mau dicop sebagai warga yang yang tak reti nak berterimakasih. Jadi.....Terimakasih daun keladi... Elok dibuat seminggu sekali.... hi..hi... Terkejut juga bila melalui tol di lebuhraya KESAS tengahari tadi. Syiling 20 sen ku dikembalikan.....
" Diskaun Tahun Baru Cina bang!" beritahu petugas tol dengan penuh bangga bila melihat raut wajahku yang sedikit kehairanan. Rasa tak percaya pun ada kerana ini lah pertama kali aku mendapat hak istimewa setelah sekian lama menggunakan lebuhraya yang pernah mendatangkan sedikit trauma pada diriku. Cermin depan keretaku pernah retak kerana diterjah batu dan serpihan kaca dari pemotong rumput yang bekerja di tepi lebuhraya KESAS ini selepas tol di Bukit Rimau. Kenangan lama yang membuatkan aku kini sentiasa memandu di lorong tengah setiap kali menggunakan lebuhraya KESAS.
Walaupun tak sebanyak mana diskaun yang diberi.... tetapi harapnya ia akan menjadi pembuka langkah kearah melaksanakan berbagai lagi program yang memberi menafaat kepada pengguna lebuhraya. Aku pula melalui 3 tol bermula dari Awan Besar, kemudian Subang dan berakhir di Bukit Rimau. Jadi, secara matematik mudahnya aku telah mendapat potongan sebanyak RM1.20 pergi dan balik pada hari ini.
Dan sepanjang perjalananku hari ini... ramai pula pemandu yang memandu penuh sopan dan mengikut hadlaju yang ditetapkan. Syabas....
Yang baik kita war-warkan..... yang tidak elok kita was-waskan....

Sunday, February 7, 2010

Dari pintu ke pintu.....

Pagi tadi... sedang panaskan enjin kereta, aku disapa oleh seseorang. Bagi aku kalau orang yang kita tak kenal tiba-tiba jer menegur, dua kemunngkinan jer. Dia tersesat jalan dan mauu bertannya arah atau meminta pertolongan kewangan. Dah biasa sangat aku jumpa. Tapi yang ini menegur dengan lagak paling sopan sekali.
" Abang.... minta maaf saya ingin bertanya. Abang jangan fikir yang bukan-bukan atau salah anggap terhadap saya. Saya bukan orang jahat yang ingin merompak atau buat yang bukan-bukan.... ( sampai part ni aku dah tau dah hala tuju niat dia tu...... aku cuba melayan....)
Abang jangan marah saya pulak nanti. Saya cuma ingin meminta tolong... Kalau abang tiada dapat menolong saya pun tidak mengapa... ( masa part ni aku dah mula pegang pintu kereta. Bersedia untuk menarik kalau ader tindakan agresif berlaku sambil menjeling besi pengunci pedal kat lantai kereta...)
" Jadi apa yang boleh saya tolong?" soalku pura-pura tak mengerti.
" Abang boleh kasi saya sepuluh ringgit? Saya nak buat bayar tambangg...." jelasnya dengan muka penuh pengharapan.
"Uiiii..... sepuluh ringgit ke? Tak dapat la..... saya pun belum gaji lagi ni...!!" dengan yakin aku terus menjawab dengan fasih.
Terus dia berlalu begitu bersahaja..... tanpa bicara sopan yang dah entah ke mana.
Dalam perjalanan aku kedai, aku nampak mamat ni lagi sekali di kawasan perumahan aku. Diluar pagar sedang mengangkat tangan ke arah tuan rumah. Nampaknya bersungguh dia menyapa dan terus melangkah masuk ke halaman rumah.
Dari pintu ke pintu dia menjaja kesopanannnya......

Saturday, February 6, 2010

ada satu cerita.......DAUN GULA

Terjumpa artikel tentang daun gula ni dan rasanya elok dikongsi bersama. Boleh layari di sini...
( http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20100131092749/Article )
Bertepatan pulak dengan tajuk bog ini...... jadi... bacalah tanpa jemu kerana jemu itu mainan nafsu dan nafsu itu harus bijak dipandu......
Aku cuma seorang pemandu kereta gear manual...... baik aku berenti sebelum jauh merepek...
he..he...he...

*>penghargaan buat BeritaHarian Online....

Friday, February 5, 2010

In-Frame La pulak.....

Tengah syok layan Facebook kat cyber cafe nih....... tetiba lak macam ada pancaran kilat hinggap kat muka aku. Ingatkan hujan lebat atau gerimis tak diundang kat luar cafe..... rupa-rupanya cahaya tadi hasil flash dari kamera seorang penguatkuasa MPAJ yang sedang merakamkan suasana dalam cyber cafe ni. Entah bila diorang masuk.... tak perasan la pulak aku. Mungkin aku yang terlalai atau mereka yang datang secara sopan.
Aku buat tak reti aje la. Ada pulak pancaran yang kedua..... Aduhhhhh...!! Kalau ya pun nak rakam sebagai bahan bukti, hala la kearah lain. Aku jugak yang ko pilih untuk in-frame ya..... Pas ni ader la gambar aku agaknya dalam simpanan mereka. Tapi..... site yang sedang aku layari semua bersih sis...... he..he....
Agaknya diorang tengah buat pemeriksaan biasa agaknya sebab cara brader yang jaga cafe ni berurusan dengan mereka cukup harmoni sekali. Aku toleh pada jam tangan aku.... baru pukul 11:15 malam. Masih beroperasi mengikut had waktu yang ditetapkan. Jadi, tak ada masalah la....
Cuma jangan gambar yang ada aku tadi tu disalahgunakan sudah la..... apa-apa pun.... kalau ader operasi.... MPAJ mesti mariiiiiii........