>...tak ramai mahu menzahirkan apa yang pahit dalam kehidupan... semuanya digambarkan manis. Manis mulut... manis senyum... manis lagak...tapi itukah realiti? Sesekali kita kena bertanya pada diri.... maniskah gula yang ku jamah itu?

Friday, January 29, 2010

Excuse me....Not me kay....!!

Salam Satu Blog…..
Agak lama aku merehatkan jari jemari ini…… Masa yang tak mengizinkan dan keadaan PC aku yang terkena penyakit misteri. Kena santau agaknya PC aku ni…he..he… Asal aku on jer, dia tak berfungsi… asal dia tak berfungsi jer….aku frust . Itulah rentetannya….
Apa pun aku ingin mencoret sikit tentang apa yang aku dengar di HOT FM pagi tadi tentang cerita lucu ni. Aku memang suka dengar radio bila memandu ni. Boleh la tau info terkini kalau ader kesesakan di MRR 2 tu….. Kisah kentut la pulak yang ke udara kat radio tadi. Apa yang aku dengar tadi begini….. “ Orang putih ( Mat Saleh la tu) kalau kentut diaorang akan cakap.. “EXCUSE ME…!” Tapi orang Malaysia kalau kentut mereka akan cakap.. “ NOT ME….NOT ME…!!”
Kah!Kah! Kah! Memang betul la tu… Walaupun kedengarannya lucu.. tapi itulah tabiat orang kita ni. Mana nak mengaku kalau bab-bab yang boleh mendatangkan malu pada diri ni. Buat silap atau tersilap pun haramnya mereka nak merendahkan diri mengakuinya. Realiti tu …. Akhirnya…. orang lain yang terkena atau menjadi mangsa tuduhan liar. Lihatlah sekeliling kita. Ia berlaku dan akan terus berlaku. Mengapa?
Sebab kita lebih enak dipuji dan disanjung dari ditegur atau dilihat kesilapan dan kealpaan kita. Seolahnya kita la yang paling suci dan terhebat tanpa sedikit pun cacat celanya. Sedangkan kita pun tahu….. sebagai manusia kita tak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan.
Mmm….. kesilapan aku kini adalah lambat bertindak nak membaiki PC . Bukan aku tak cuba…. Sabtu lepas ada aku hubungi kedai membaiki komputer di Taman Nirwana tu. Kata staff yang menjawab panggilan aku tu…
“Technician tak masuk lagi la bang. Kalau abang hantar sekarang pun, kami Cuma boleh terima jer.” ucapnya.
Mengenangkan yang aku harus bercakap sendiri dengan technician tersebut untuk menerangkan penyakit misteri PC aku tu, aku pun berpesan….
“ Macam ni la….. saya tinggalkan no handphone saya, nanti tolong call saya balik kalau technician tu dah sampai. Baru saya akan hantar PC saya. Boleh?” tanyaku.
“Boleh bang. Nanti saya telefon abang balik bila dia dah masuk…” balasnya.
Aku pun bagilah dia nombor aku dan dia mencatat dan mengulanginya dengan fasih.
Dan kesalahan atau kecuaian yang dilakukan oleh staff kedai tersebut? Sampai ke hari ini aku tak pernah menerima panggilan dari kedai tersebut semula.
Bak kata manager tempat kerja aku… “ Banyak kasihan sama saya….” Hi…hi…!!
Itulah secebis kisah aku yang bukan misteri…. Renung-renungkan dan selamat beramal….

1 comment:

  1. Ada lagi sorang Manager kata..."Lu punya muka..saya kisian tengok ada.....Beli ini batu, mana pergi orang kisian juga ada."

    ReplyDelete