>...tak ramai mahu menzahirkan apa yang pahit dalam kehidupan... semuanya digambarkan manis. Manis mulut... manis senyum... manis lagak...tapi itukah realiti? Sesekali kita kena bertanya pada diri.... maniskah gula yang ku jamah itu?

Tuesday, May 18, 2010

Tarik...TerTarik!!!

..ketika melalui Jalan Ampang, berkesempatan untuk merakamkan imej ini. Bukan kereta berjenama dan mewah yang ada di premis itu yang menarik perhatian. Nama syarikat pemilik showroom tersebut yang lebih memukau dan membuat aku tersenyum..... Pandai dia mencari nama yang unik.... he..he...
Selamat berniagaaaaa.......

Orang Tamak Selalu Rugi.......

Dulu setahu aku budak-budak jer main sorok-sorok ni. Tapi bila peniaga pulak yang main sorok-sorok....; samada peniaga tu dah buang tabiat nak jadi bebudak balik atau dia memang jenis tamak tak ingat.
Al-kisahnya mengikut apa yang keluar kat berita dan suratkhabar, sebuah kedai kat Jalan Yahya Ahmad, Dungun telah diserbu oleh pegawai penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Dungun dan mereka telah menjumpai stok gula yang disorokkan bernilai kira-kira RM9,000 yang mana sebelum ini peniaga terbabit mengatakan bahawa kedainya tiada gula. Yang lebih pelik, peniaga terbabit pernah meminta pelanggannya iaitu seorang wanita supaya menunjukkan sijil nikah ketika hendak membeli gula.Apa motifnya pun tak pasti la....... Kalau tunjuk sijil nikah lepas tu dapat diskaun, kira ok la juga....ya tak?
Tahniah dan syabas buat para penguatkuasa PPDNKK yang bertindak cepat untuk memantau, menyiasat dan mengambil tindakan segera untuk melindungi pengguna yang menjadi mangsa akibat tindakan tidak bertanggungjawab peniaga terbabit yang hanya mementingkan diri dan poket sendiri. Nampaknya para pengguna juga telah sedar akan hak-hak mereka dan ini sesuatu yang harus diteladani dan terus diamalkan agar pihak-pihak yang merasakan mereka boleh berbuat apa sahaja untuk beringat dan berfikir dua kali untuk menipu dan mencari jalan mudah untuk membuat untung.
Janganlah kerana gula..... pengguna hendak ditipu hidup-hidup. Baru peniaga ni tau... kalau ditangkap menyorok gula... hanya kenangan pahit yang tercatat..., bukannya manis.

Monday, April 26, 2010

Tahniah buat Sang Juara!

Tahniah buat calon BN, P. Kamalanathan. Encik Kamal mendapat 24,997 undi manakala calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim mendapat 23,272 undi.
Perbezaan undi adalah sebanyak 1,725 dan undi rosak pula ialah 731.
Semoga Encik Kamal akan dapat berkhidmat untuk rakyat, demi rakyat dan bersama rakyat.
Pada Datuk Zaid pula, teruskan perjuangan membela dan membawa suara rakyat.
Aku cuma rakyat yang memerhati dan akan terus memerhati........

Sunday, April 25, 2010

Menanti Sang Juara..!

Tepuk dada.... Pangkah selera.....

P 094- Parlimen Hulu Selangor:
Hari ni pengundi-pengundi akan membuat keputusan mereka. Moga ramai yang akan keluar mengundi tapi rasa-rasanya penyibuk-penyibuk pun ramai juga akan keluar memeriahkan suasana. he..he...
Aku juga pernah mengundi.. di Brickfields(Parlimen Bukit Bintang). Seronok bro..... rasa cam selebriti sekejap sebab setibanya di pusat mengundi ramai la yang akan serbu kita. Saper lagi kalau bukan perayu undi. Bila nak memangkah aku bukan tertarik pada kertas undi.... tapi lebih tertarik pada pensil yang tersedia. Dari keadaan dan rupa pensil tu kita boleh tau yang ia dah lama digunakan dan agaknya berapa banyak pilihanraya yang dah dilalui oleh pensil itu.( Tak pasti la tempat mengundi lain.)Besar rupanya jasa pensil tersebut. Mungkin kalau berpeluang mengundi lagi aku nak rakam gambar pensil yang ada nanti..... :D
Buat pengundi di Hulu Selangor, selamat mengundi dan pangkah la dengan rasa yang bebas dan yakin. Kuasa dan rahsia di tangan kita.....( sebab undikan rahsia....)
Tepuk dada dan pangkahlah calon yang memenuhi selera kita.

Friday, April 23, 2010

Menanti Esok-Sabtu-24042010

Tak sabar menunggu esok
agaknya terkabulkah harapan
terleraikah keresahan
seperti dijanjikan
Esok
mata akan menjadi saksi
jari jemari tak sabar menggenggam
makna sebuah harapan
dalam bentuk kertas berwarna
biru sudah semestinya
merah terselit jua
dari mesin autoteller
Pastinya esok
walau tak sebanyak mana
boleh lupakan serabut kepala seketika
sebelum kembali pada skrip asalnya
menunggu dengan sabar berbekal didada
walau pahit ku tempuh jua
bukan rela bukan terpaksa
cuma peluang belum terbuka
masih berdebar dalam jiwa
menanti hari.....
E.S.O.K.

Thursday, March 11, 2010

“Saya ingin ke Gatsby Deodorant Street Fair”


Pasti bukan saya sahaja yang akan ke sana..... Anda mahu turut serta? Amat dialu-alukan kerana semua dijemput. Hebat bukan......Tapi bila? Di mana?
Ni yang saya nak war-warkan ni.....
Ianya akan berlangsung pada 17 April 2010, bermula pada jam 10 pagi hingga 5 petang di ruang legar, Ground Floor Berjaya Timesquare, Kuala Lumpur
Tempat yang mudah nak dikunjungi.... berhampiran dengan Plaza Imbi dan Plaza LowYat. Malas nak memandu? Monorel kan ader dan kalau nak lagi senang.... tahan sajer teksi dan anda pasti tiba dipintu utama... :)
Eh..... bukan itu sahaja ya....
Pelbagai gerai mainan akan didirikan semasa ‘Street Fair’ini nanti dari yang seringkas membaling getah hinggalah ke aksi-aksi yang melucukan dan menggeli hati seperti bergusti sumo dalam beg udara oleh para peserta. Peserta permainan ini akan memenangi mata dan anda boleh menebus mata ganjaran yang terkumpul dengan barangan menarik dari Gatsby!!
Menarik....? Ishhh... ada yang lebih dari itu..... Nak tahu?
Semua peserta yang terlibat dan mengambil bahagian dalam permainan layak untuk menyertai cabutan bertuah. Antara hadiah-hadiah yang bakal dimenangi melalui cabutan bertuah adalah barangan elekteronik, komputer,telefon bimbit dan baucar tunai berjumlah lebih dari RM 15,000!
Jadi ... apa tunggu lagi.... Pastikan anda bersama rakan-rakan tiada rancangan lain pada hari tersebut untuk turut serta.
Untuk lebih info... sila lawati kami di...

www.gatsby.com.my/streetfair

Eh.... nak ke mana tu? .... Nak beritahu teman-teman yang lain? Silakan....... Yang pasti...anda tak akan menyesal untuk turut serta bersama kami........
Kami tunggu anda okay.......