Dulu setahu aku budak-budak jer main sorok-sorok ni. Tapi bila peniaga pulak yang main sorok-sorok....; samada peniaga tu dah buang tabiat nak jadi bebudak balik atau dia memang jenis tamak tak ingat.
Al-kisahnya mengikut apa yang keluar kat berita dan suratkhabar, sebuah kedai kat Jalan Yahya Ahmad, Dungun telah diserbu oleh pegawai penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Dungun dan mereka telah menjumpai stok gula yang disorokkan bernilai kira-kira RM9,000 yang mana sebelum ini peniaga terbabit mengatakan bahawa kedainya tiada gula. Yang lebih pelik, peniaga terbabit pernah meminta pelanggannya iaitu seorang wanita supaya menunjukkan sijil nikah ketika hendak membeli gula.Apa motifnya pun tak pasti la....... Kalau tunjuk sijil nikah lepas tu dapat diskaun, kira ok la juga....ya tak?
Tahniah dan syabas buat para penguatkuasa PPDNKK yang bertindak cepat untuk memantau, menyiasat dan mengambil tindakan segera untuk melindungi pengguna yang menjadi mangsa akibat tindakan tidak bertanggungjawab peniaga terbabit yang hanya mementingkan diri dan poket sendiri. Nampaknya para pengguna juga telah sedar akan hak-hak mereka dan ini sesuatu yang harus diteladani dan terus diamalkan agar pihak-pihak yang merasakan mereka boleh berbuat apa sahaja untuk beringat dan berfikir dua kali untuk menipu dan mencari jalan mudah untuk membuat untung.
Janganlah kerana gula..... pengguna hendak ditipu hidup-hidup. Baru peniaga ni tau... kalau ditangkap menyorok gula... hanya kenangan pahit yang tercatat..., bukannya manis.